Click click!

HOT PROMO!

25 April 2017

TERCARI-CARI SKINCARE YANG SESUAI?

0
Komen

"SEJAK GUNA SET TRIAL SKINCARE NURRAYSA, JERAWAT SEMAKIN PULIH."

Guna set trial skincare Nurraysa secara konsisten selama 3 bulan, alhamdulillah masalah jerawat semakin pulih. Nurraysa boleh menghilangkan masalah jerawat tanpa membahayakan kulit.

Kesannya seawal 7 hari tapi pulihnya ambil jangka masa tertentu mengikut kesihatan kulit masing2. Nurraysa tak boleh bagi cepat cantik kerana Nurraysa tiada bahan kimia.

Tetapi kalau nak kulit sihat dan berkhasiat, pilihlah Nurraysa.

Lebih baik lambat pulih daripada cepat pulih tetapi akan memberikan effect pada masa akan datang. Nak ke nak?

Kini anda boleh dapatkan set trial skincare Nurraysa dengan harga promosi RM75 😍😍

Ingin mencuba? Boleh wassap mia

017 4777267
017 4777267
017 4777267

15 Ogos 2013

Raya rasa terisi dengan suami dan anak di sisi

1
Komen
Wahhh tajukk.... hahaha
ya ampunnn lama betul tak story kt sini.
nak kata sibuk, tak pun.. hari2 dok lepak rumah dengan anak je.
tapi mood nak online sekarang memang jap ok, jap ko
malas sama kot.. hehe

apa-apa pun, selamat hari raya buat semua yg masih nak baca coretan kt sini. raya pertama tahun ni beraya kat kampung aku. sehari sebelum raya sempat balik berbuka sama family. rindu.. ada kot sebulan lebih tak balik. huhuhu...

tema kami adalah



PURPLE.

feeling pengantin baru gituu.. hahaha masa ni kaseh tengah tido.
tema mama abah langsung tak sama dengan anak. hahaha


hentam saja.

macam aku cakap, raya tahun ni la baru rasa semangat raya. kalau taun lepas aku sambut raya dalam tempoh berpantang dan masa tu kaseh baru berusia 20 hari.

tapi tahun ni, kakak ipar aku pulak beraya dalam pantang. hehehee.. baru dapat anak buah sorang lagi. gegirl jugak. Aimuni namanya



sweet kan?

memang meriah raya tahun ni sebab ramai tetamu. mak masak bihun sup daging. mabeles.. rasa2nya kazen2 aku kalau depa tahu mak buat bihun sup, laju ja depa mai makan. siap p cedok dalam periuk. hahaha over dak cerita aku?

lepas makan2 kt rumah, gerak la beraya rumah saudara mara yg berdekatan. bawa kaseh ronda2 kutip duit raya dengan motor. eh! kaseh sekarang kalau dalam sehari tak ronda2 dengan motor, merengek la dia petang2. ni abahnya la yg ajar. 

persiapan nak sambut raya pun aku rasa Alhamdulillah cukup walau sederhana saja. baju raya dua pasang hubby sponsor dan pilihkan. makin lama taste laki aku makin ada kelassss.. sapa tak mau tgk bini lawa kannn... hehehe.. baju melayu hubby pulak last minit masa sebelum bertolak balik kampung baru cari. tu pun sebab nak p bayar zakat fitrah niatnya.. tup2 terbeli la sepasang baju melayu hasil godaan bini nak sedondon baju raya. hahaha.. 

Masa kat kampung, kaseh ok cuma mcam biasa perangai dia mula2 sampai memang tak mau dekat orang. biar lama2 baru ok. malam raya tu aku stress jugak sebab dia nak tido buai je. bila angkat (buai kat tingkat bawah, bilik kami kt tingkat atas) nak bawak ke bilik, dia terjaga dan nangis2 tak mau tido tilam. so, lepas 2x cubaan gagal, aku tido di bawah tepi buai kaseh. dan abahnya tido kat atas. sob sob..

petang raya pertama dah bertolak balik merbok. planning nak terus p rumah tok hubby, tapi dah lewat. so, kami balik rumah terus. malam nya sempat melawat ayah hubby di yan.

sekian je kisah raya hari pertama. tengok la kalau rajin ada lg sambungan. :P


06 Jun 2013

Al-kisah dress yg dipolitikkan

3
Komen
KAHKAHKAHKAH..



macam mana lah aku boleh tak perasan yg dress yg aku beli untuk kaseh tu memang sah sah ada simbol parti politik?



pitty me..













kan?
gelak la...

tapi please help me..

aku sekarang tengah figure out apa boleh buat
or make over dress ni supaya tak ada orang ejek dia nanti..
huhuhuhuhu...

tapi tak rugi pun beli sebab murah.
clear stok katanya.




aku try letak manik
guna manik stok sedia ada je.




tapi macam tak de kesan langsung kan?


FAILED!


any idea?

but she love this dress la...
siap boleh main2 cium2 dress dia.









macam tu boleh?





05 Jun 2013

Drama tontonan seharian

2
Komen

aku nak kongsi cerita jiran sebelah rumah.

student.perempuan
tak pasti 5-6 orang penghuni.

semester lepas ada 3 biji motosikal dan sebuah kereta kancil
semester ini ada 3 biji motosikal dan sebuah kereta kancil
serta sebuah kereta kia spectra

actually, ni dari observasion aku je..

aku pernah bertanya kat seorang penghuni rumah tu,
semua mereka adalah dari fakulti dan semester yg sama.

semester lepas,
3 biji motosikal cukup untuk 6 orang
dan kereta kancil itu hanya untuk standby pada hari hujan.

semester ini,
3biji motosikal hanya untuk 4 orang.
seorang tumpang motor student rumah lain..
mungkin kelas tak sama dgn yg 4 orang lg.
seorang lg naik kereta kia spectra.

yg pelik,
kenapa kereta kancil tu sentiasa parkir di luar (bahu jalan)
dan hanya motosikal dan kia spectra tu dalam kawasan rumah






ye, aku tau memang la tak muat nak parking dedua bijik kereta sekali..
tapi sepanjang masa kereta besar tu saja dapat parking dalam pagar.
(walau terkeluar jugak montot sampai tak dapat tutup gate.)

kalau aku jadi si pemilik kereta kancil tu,
semestinya aku pun nak sekali sekala dapat parking dalam gate.
asyik berpanas berembun 24/7 kat luar saja.

tak adil!


hahahaa..

ewah2.. macam aku pulak yg menyibuk.
padahal entah2 diorang tak kisah pun.
tapi aku nak story pasal mngambil kira kehendak dan perasaan orang lain.
kita hidup bukan sorang je kat donia ni

dan kesian aku tengok budak2 naik motor tu
teragak2 tiap kali nak masuk dan keluarkan motor diorang.
dah la sempit je sisi kiri dan kanan antara pagar dan kereta tu.

asal balik je, terus dia parking kat situ. at lest waktu siang park la kat luar dulu.
kasi can member2 keluar masuk. malam kang park la kat dalam..

haiihhh

ada tuan kereta tu pikir pasal tu?
kang tercalar kereta tu baru padan muka..


tapi, bohong la kalau budak naik kancil tu
rela kereta dia selamanya letak kat luar.
keselamatan tak terjamin kat sini dik oii..

aku pun pernah jadi student dan pernah rasa macam tu..
pernah merasa naik motor pegi kuliah
pernah merasa tinggal di rumah sewa
pernah bermasam muka dengan member pasal hal2 di atas..

hmm.. tapi zaman mungkin dah tak serupa dulu.
mungkin aku je yg dok pikir selama ni.
bebudak tu langsung tak de masalah.



HAHAHAHAHA

adakah.........................

a. budak kereta besau tu garang sampai yg lain tak berani bersuara?

b. mereka awal2 lagi dah buat undian dan keputusannya mcm tu?

c. rumah tu bapak dia yg punya?

HAHAHAHA
jawapan c tak mungkin sekali. sebab aku kenal tuan rumah tu..
sebaya en.suami je...

tak dapat nak menemu bual adik2 tu selalu.
diorang kalau ada kat rumah selalu lepak dalam rumah je.
keluar bila nak keluar terus. sangat tak bermasyarakat.. kan?

biasa lah.. aku kan suri rumah banyak free time..
keje skodeng orang je.. :P






03 Jun 2013

Demam malam

2
Komen

Alhamdulillah, sehari lepas post pasal cik p lewat tu,
esoknya terus dia datang pagi2 buta. hahaha..

actually dah masuk dua hari kaseh demam.
just badan panas tapi start petang sampai awal pagi esoknya je.. siang dia ok.

mula2 temp dia 38.6
aku letak cool fever dan bagi ubat demam.
tapi panas badan dia makin melampau masa pukul 1-2 pagi..
memang tak tido aku. takut jadi apa2 kang menyesal tak sudah..
lepas balut badan kaseh dengan tuala basah, around 4 am temp dh turun sikit.
dia pun dh boleh tido.. so, masa tu aku curi2 lelap barang 1 jam..
pukul 5 am temp  36.5.
harap2 makin turun..

sepanjang malam tu memang dia tak nak susu..
bila aku tunjun botol susu je, dia terus paling muka ke lain.
wuwuwuww..
kalau dapat minum pun, 1 oz je skali minum.

bila hari dah cerah, dia dh ok. aktif macam biasa.. so aku anggap dia dh sihat.

dok lepas magrib, dia merengek tak sedap badan kot.
memang panas balik badan dia. gelabah aku.
aku jelum dengan air asam jawa. dan bagi ubat demam.

syukur la kaseh ni dah boleh telan ubat.
mula2 dulu memang sampai kena paksa baru dia telan.
sekarang siap nak lagi pulak! hehehe

panasnya macam mlm sebelum tu jugak.
nak p klinik pun dah lewar sangat masa tu,
so kami tunggu siang saja la tapi dalam hati risau yg amat.

tak pernah2 badan dia panas mcm tu..
tak batuk
tak selsema.

siangnya, dia ok balik..  cuma kurang makan n susu..
banyak nk berdukung.



tapi aku masih bagi ubat demam.

petang sikit kami bawa ke klinik.
doktor bagi antibiotik dan ubat demam.
aku topup beli 2 biji ubat bontot.
(walau doktor tu cakap better guna ubat air.
sbb ubat bontot brkesan utk 30minit je)
utk standby je. singgit sebiji.
total RM25

so far sampai pukul 11 malam ni, suhu masih ok. tidur pun nyenyak je..
harap2 berkekalan.






org selalu cakap budak/ baby ni memang biasa demam bila genap/cukup bulan.
nak dapat kebolehan baru.. itu kata org tua2..
kaseh genap 10 bulan 2 hari lepas. iye laa kot..

tapi kaseh idak la tetiap bulan demam...
baru 4-5 kali je rasanya.. dan yg sebelum ni biasa2 je..





Link Anda

Total Pageviews